Sunday, November 28, 2010

blueberry kek

Blueberry Sugee Square
Bahan-bahan :-
A/
1 1/4 cwn tepung
2 sdt serbuk penaik
1 cwn suji
1/2 cwn gula kastor
B/
200 gm mentega, lembutkan pada suhu bilik
2 bj telur saiz A
2 sdt esen vanila
Raspberry atau Strawbery jem secukupnya
Cara-cara :-
1. Panaskan oven kepada suhu 170'C.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung yang sudah diayak bersama suji dan gula kastor.
4. Tuang masuk bahan B dan gaul dengan menggunakan whisker. Gaul hingga sebati.
5. Tuang separuh dari adunan tadi ke dalam loyang empat segi yang berukuran 8X8.
Kemudian sudukan jem ke atas permukaan adunan tadi. Tidak perlu meratakannya. Campak-campak je jem tu.
6. Tuang baki adunan supaya menutupi keseluruhan jem.
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan atas kek masak.
Nota :-
Menurut kata Kak Mas, tekstur kek ini agak berderai. Jadi untuk nak melembapkan kek nie dan mengurangkan berderai bila dipotong, boleh masukkan 2 sdb susu atau pun tambahkan kuantiti telur.
Jika suka manis, boleh lebihkan jem.
Selamat Mencuba.

0 comments:

Post a Comment